ROADSHOW POM

Pada 18 September 2015 (Jumaat) , Persatuan Pengurusan Operasi (POM) telah mengadakan program ROADSHOW POM di dewan STML pada 8.30 pagi. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal berkenaan persatuan ini kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda Pengurusan Operasi kemasukan semester pertama sesi 2015/16. Selain itu, memperkenalkan Penasihat Pengurusan Pengurusan Operasi (POM) yang baru iaitu Dr. Fadhilah bini Mohd Zahari. Sekaligus mendedahkan perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh persatun ini sepanjang tahun 2015.    

 

 

Program ini telah disertai oleh Mahasiswa/i Pengurusan Operasi terutama kemasukan bagi sesi A151. Oleh itu, ia bagi  mempereratkan lagi jalinan ukhwah dalam kalangan pelajar dan juga pensyarah. Sekaligus, memberi input penting khasnya pelajar tahun satu dan dua mengenai program-program yang bakal dianjurkan oleh kelab POM UUM. Melatih dan membiasakan para pelajar yang menganjurkan program terbabit

dengan pengurusan. ROADSHOW POM ini ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Maizurin bt Ismail.

 

 

Write a comment

Comments: 1
  • #1

    sex telefon (Wednesday, 18 January 2017 11:25)

    nieprzeinterpretowywanie

Instagram

Generasi Perindustrian Negara

Persatuan Pengurusan Operasi merupakan satu daripada 3 buah persatuan akademik di bawah Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Penasihat bagi persatuan ini adalah Dr. Fadhilah binti Mohd Zahari.  Manakala Penyelaras Program Pengurusan Operasi ialah Dr. Hendrik bin Lamsali . Presiden Persatuan ini ialah Saudara Mohd Saffrizain bin Baharudin. dan dibantu oleh Naib Presiden, Saudari Nurul Nadia bt Sabri.