Page Persatuan Pengurusan Operasi

BENGKEL EXCEL 2.0.

PELANCARAN BULAN AACSB.

PADA 4 APRIL 2016, PIHAK AACSB TELAH MENJEMPUT SEORANG WAKIL DARI PERSATUAN PENGURUSAN OPERASI BAGI MAJLIS PELANCARAN BULAN AACSB. PROGRAM INI TELAH DIWAKILI OLEH NURSHAHFIKAH BINTI MUSTAPA (SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN PENGURUSAN OPERASI).

ZUMBA WITH STML HIGHFLYERS

PADA 29 MAC 2016, PIHAK JKPPA STML TELAH MENGANJURKAN PROGRAM “ZUMBA WITH STML HIGHFLYERS” DI BANGUNAN PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI & LOGISTIK (STML), UUM. PROGRAM TERSEBUT BERTUJUAN UNTUK MERAIKAN SERTA BERLANGSUNGNYA PENYAMPAIAN PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR STML YANG TELAH MEMPEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER BAGI SESI 1 2015/2016. 

Program ini bertemakan tidak formal dan telah mendapat maklum balas yang amat positif dari peserta terutamanya dari staf-staf stml sendiri. 

Program ini melibat kerjasama antara pihak jkppa stml serta persatuan di bawah stml iaitu persatuan pengurusan operasi, persatuan logistik dan persatuan teknologi. Persatuan pengurusan operasi telah menghantar 5 orang wakil bagi membantu pihak penganjur bagi memastikan kelancaran program tersebut.

AACSB AMAZING RACE.

POM4AMAL.

ALOR SETAR, 25 MAC 2016 - PERSATUAN PENGURUSAN OPERASI (POM) TELAH MENGANJURKAN PROGRAM POM4AMAL BAGI AHLI KELAB PENGURUSAN OPERASI, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. PROGRAM INI DIADAKAN DI PUSAT JAGAAN BAITUL AHMAD, RUMAH ANAK-ANAK YATIM, TONGKANG YARD, ALOR SETAR DI BAWAH EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN. 

STATUS ORANG KURANG UPAYA (OKU) TIDAK MENGHALANG PENGASASNYA UNTUK MENUBUHKAN RUMAH ANAK YATIM INI. BELIAU YANG MENGHIDAP KENCING MANIS HAMPIR 30 TAHUN TELAH MENGALAMI KECACATAN PADA KEDUA-DUA BELAH TANGAN AKIBAT KEMALANGAN SEWAKTU BEKERJA SEBAGAI PEMANDU BAS. BAGI BELIAU ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI CHE AHMAD DIN, 58, BERKATA, MESKIPUN TIDAK SEMPURNA NAMUN, IA TIDAK PERNAH MENJADI PENGHALANG UNTUK BELIAU SEBALIKNYA REDA MENERIMA DUGAAN DAN KEADAAN DIRI. CHE AHMAD MULA MENUBUHKAN RUMAH ANAK YATIM BERKENAAN PADA BULAN MEI 2012 UNTUK MENUNAIKAN HASRAT ARWAH AYAHNYA, DIN KHAMIS, DAN ARWAH IBUNYA, ROBAI ARSYAD DEMI MERINGANKAN BEBAN GOLONGAN TIDAK BERKEMAMPUAN. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, BELIAU BERSAMA ISTERI, SABARISHAH MUSA, BERPAKAT MENGGUNAKAN MODAL SEBANYAK RM20,000 UNTUK MEMBAIKI RUMAH PUSAKA MEREKA DAN MENJADIKAN RUMAH KEBAJIKAN INI. KATANYA, RUMAH JAGAAN BERUSIA LEBIH KURANG LIMA TAHUN ITU KINI SUDAH MEMILIKI 16 ORANG PENGHUNI PEREMPUAN BERUSIA DI ANTARA 10 HINGGA 16 TAHUN, YANG DATANGNYA DARI KELUARGA MISKIN MAHUPUN ANAK YATIM. 

Tujuan program pom4amal ini dilaksanakan adalah untuk meluaskan pengalaman akan realiti kehidupan masyarakat di luar, khususnya golongan anak yatim. Selain itu, dapat berkongsi nilai-nilai positif bersama anak-anak yatim yang sememangnya memerlukan perhatian, kasih sayang serta sokongan daripada masyarakat serta dapat mengeratkan hubungan antara ahli kelab pom melalui kerjasama berpasukan dalam mengendalikan program.

Matlamat program ini adalah untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah rumah anak yatim di alor setar, kedah. Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang. Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya yang merupakan tempat mencurahkan kasih sayang. Di samping itu, rata-rata mereka berasal daripada keluarga yang susah dan memerlukan perhatian. Melalui program ini juga, ianya dapat memupuk sikap prihatin, kasih sayang di samping mendapat kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.

Program pom4amal ini disertai oleh 26 ahli persatuan pengurusan operasi (pom), dan 16 orang anak-anak yatim. Antara aktiviti yang dijalankan adalah memasak secara bergotong-royong dan beberapa aktiviti lain seperti “musang berjangggut” Dan bermain “music chair”. Program ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran dr. Fadhilah binti mohd zahari iaitu penasihat persatuan pengurusan operasi (pom) dan dekan pembangunan pelajar & alumni, kolej perniagaan (cob), universiti utara malaysia, dr. Hendrik bin lamsali. Sumbangan turut diberikan kepada pihak rumah anak yatim dalam bentuk wang ringgit untuk pembinaan surau serta dalam bentuk barangan keperluan makanan.

BENGKEL EXCEL

Pada 11 mac 2016 (jumaat), persatuan pengurusan operasi telah mengadakan bengkel tentang cara-cara menggunakan dan memanfaatkan microsoft excel kepada mahasiswa/i uum, khasnya para pelajar stml. Bengkel ini dianjurkan berikutan kepentingan menguasai microsoft excel dalam menyiapkan tugasan pelajar dan juga kemahiran yang diutamakan dalam industri. Secara tidak langsung, ia memberi nilai tambah kepada para pelajar menghadapi alam kerjaya. Bengkel ini akan diadakan di makmal 1 pusat pengajian pengurusan teknologi & logistik, universiti utara malaysia. Bengkel ini  telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Peserta telah mendaftar lebih awal dan penyertaan untuk bengkel ini telah penuh selepas 2 hari pembukaan pendaftarannya. Bengkel ini telah disampaikan oleh dr. Rohaizah bt saad, merupakan salah seorang pensyarah di stml. Bengkel ini telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan pada awal pelaksanaannya. Antara matlamatnya ialah meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan microsoft excel, memberikan pendedahan kepada peserta tentang cara yang betul dan mudah   untuk melakukan tugasan melalui penggunakan microsoft excel, meningkatkan kualiti tugasan pelajar melalui penguasaan microsoft excel dan memberikan nilai tambah kepada para pelajar sebagai persediaan ke alam kerjaya disebabkan oleh kepentingan menguasai microsoft excel.

KNOWLEDGE SHARING BERSAMA USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA. (MK)

PADA 10 & 11 MAC 2016, PERSATUAN PENGURUSAN OPERASI TELAH MENGHANTAR 4 ORANG WAKIL UNTUK MENGHADIRI PROGRAM KNOWLEDGE SHARING BERSAMA USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA DI BAWAH PROGRAM KPT NELSON. KNOWLEDGE SHARING DISAMPAIKAN OLEH TAN SRI DATUK (DR.) MUSTAPHA KAMAL IAITU MERUPAKAN EKSEKUTIF EMKAY GROUP. PROGRAM INI MELIBATKAN BEBERAPA ORANG WAKIL PELAJAR DARI KOLEJ PERNIAGAAN.

 

STML GRAND UKHWAH.

Pada 8 mac 2016, telah berlangsungnya program stml open day yang dianjurkan oleh gabungan 3 persatuan di bawah pusat pengajian pengurusan teknlogi & logistik.  Program ini diadakan bagi mewujudkan suasana perpaduan antara pelajar-pelajar di stml serta staf-staf di stml.  Dengan adanya program sebegini, dapat mengeratkan hubungan antara pelajar serta staf di stml. 

Pelbagai aktiviti telah berlangsung semasa program tersebut. Antara aktiviti yang telah dilakukan pada program tersebut termasuklah pertandingan mewarna(bagi kanak-kanak), sukaneka, tayangan movie, solat zuhur berjemaah serta bacaan yassin. Program gabungan persatuan pengurusan operasi, persatuan logistik, dan persatuan teknolgi serta dibantu oleh pihak majlis perwakilan pelajar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan serta mendapat maklum balas yang sangat positif dar par peserta. Program sebegini seharusnya dilaksanakan setiap semsester kerana memberi kesan yang sangat baik.

 

STML FRESHMAN INDUCTION DAY 2016.

PADA 1 MAC 2016, JKPPA STML TELAH MENGANJURKAN SATU PROGRAM IAITU “STML FRESHMAN INDUCTION DAY”. PROGRAM INI BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN BERKAITAN SEGALA ASPEK BERKAITAN PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI  & LOGISTIK (STML) KHUSUSNYA BERKAITAN AKADEMIK KEPADA PELAJAR-PELAJAR STML. PENYERTAAN PROGRAM INI TERDIRI DARIPADA PELAJAR SEMESTER 1 HINGGA 3 DARI PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN TEKNOLOGI  & LOGISTIK. BEBERAPA WAKIL DARI EXCO PERSATUAN PENGURUSAN OPERASI TELAH TERLIBAT SEBAGAI A/JAWATANKUASA PROGRAM TERSEBUT BAGI MEMBANTU PIHAK PENGANJUR BAGI MEMASTIKAN PERJALANAN PROGRAM TERSEBUT BERJALAN LANCAR.

FOOD FOR LOVE

                      Food for love merupakan salah satu program di bawah pengendalian jawatankuasa pembangunan pelajar & alumni pusat pengajian pengurusan teknologi & logistik (jkppa stml). Pelaksanaan progam ini telah dibantu oleh 3 persatuan di bawah stml iaitu persatuan pengurusan opersi, persatuan logistik dan persatuan teknolgi. Program ini pada dasarnya bertujuan untuk membantu para pelajar khususnya pelajar dari stml. Bantuan tersebut berbentuk makanan iaitu sarapan pagi. Para pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli sarapan pagi atau tidak sempat untuk membeli sarapan pagi sebelum masuk ke dewan kuliah, boleh mengambil makanan yang telah disediakan. Pada awal pelaksanaan program ini, hanya segelintir individu yang terlibat dalam pemberian dana untuk pembelian makanan tersebut. Selepas melihat maklum balas yang amat positif, bilangan pemberi dana bertambah dari masa ke semasa. Pencetus kepada inisiatif ini, iaitu dr. Norhidayah bt abu sangat komited terhadap pelaksaan program ini. Beliau merupakan individu yang amat sensitif dan amat peka terhadap isu-isu pelajar terutamanya isu kebajikan pelajar di stml. Program ini telah dilaksanakan setiap hari rabu, sepanjang semester 2 sesi 2015/2016. Diharapkan program berbentuk sebegini diteruskan sepanjang semester pada masa akan datang.

 

 


BENGKEL SAINS PENGURUSAN

Pada 18 DISEMBER 2015 (Jumaat), di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 3.  PersatuanPengurusanOperasi (POM) menganjurkan Bengkel Sains Pengurusan bagi semua pelajar Universiti Utara Malaysia terutama pelajar yang mengambil subjek Sains Pengurusan dari Kolej Perniagaan (COB). Bengkel ini akan diadakan bertujuan untuk meningkatkan peratusan lulus dengan cemerlang bagi subjek sains pengurusan ini. Selain itu bengkel ini diadakan bagi membantu pelajar menjawab soalan dengan teknik yang betul serta fokus terhadap peperiksaan akhir semester sesi 2015/2016 ini. Ia dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas berkenaan Sains Pengurusan dan mampu mengaplikasikan ilmu tersebut kelak. Oleh yang demikian, membantu pelajar untuk lebih memahami formula-formula yang digunakan dalam Sains Pengurusan berdasarkan tajuk-tajuk tertentu dan menggalakkan pelajar untuk mewujudkan komunikasi dua hala dengan tenaga pengajar.

BENGKEL POM

Program ini diadakan pada 15 Disember 2015 (Selasa) pada  2.30 petang bertempat  di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 2. Prograam ini dianjurkan bagi semua pelajar UNIVERSITI UTARA MALYSIA (UUM)  terutamanya bagi pelajar dari KOLEJ PERNIAGAAN (COB) . Ia adalah bertujuan 

 memberikan lebih pendedahan berkaitan subjek BJMP 2023 iaitu  Pengurusan Pengeluaran dan Operasi khususnya berkaitan teknik menjawab soalan peperiksaan akhir semester. Sekaligus dapat merapatkan ukhuwah diantara pelajar dari Kolej Perniagaan (COB). 

 

Diharapkan dengan program ini akan  meningkatkan kadar peratusan lulus pelajar dalam subjek Pengurusan Operasi dan Pengeluaran. Selain itu, memberi input dan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut. Setersunya, memberikan ruang kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang dan mengukuhkan jalinan ukhwah antara pelajar yang berbeza jurusan dan kolej akademik agar perpaduan yang utuh dapat dibina bersama. 

ANNUAL GRAND MEETING

"ANNUAL GRAND MEETING" diadakan pada 29 September 2015 (Selasa) di Dewan Kuliah Gugusan 2 berlangsung pada 8.30 pagi . Program ini bertujuan untuk majlis perlantikan jawatankuasa baru dan pembubaran jawatankuasa lama. Tambahan pula, pelajar-pelajar boleh mengenali jawatankuasa yang baru disamping dapat mempelajari teknik mengendalikan sesuatu pengurusan dalam penglibatan persatuan ini. Program ini juga dapat mengeratkan hubugan silatulrahim antara mahasiswa dan mahasiswi Persatuan Pengurusan Operasi (POM). Walaupun begitu program ini dengan jayanya diadakan bagi mengalu-alukan kedatangan pelajar baru ke Universiti Utara Malaysia. Selain itu,  memberikan peluang kepada pelajar-pelajar Persatuan Pengurusan Operasi mengenali penasihat POM dan ahli jawatankuasa tertinggi.

Sejurus itu,  memberikan pendedahan aktiviti Persatuan Pengurusan Operasi sepanjang tahun kepada semua pelajar. 

 

ROADSHOW POM

Pada 18 September 2015 (Jumaat) , Persatuan Pengurusan Operasi (POM) telah mengadakan program ROADSHOW POM di dewan STML pada 8.30 pagi. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal berkenaan persatuan ini kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda Pengurusan Operasi kemasukan semester pertama sesi 2015/16. Selain itu, memperkenalkan Penasihat Pengurusan Pengurusan Operasi (POM) yang baru iaitu Dr. Fadhilah bini Mohd Zahari. Sekaligus mendedahkan perancangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh persatun ini sepanjang tahun 2015.    

 

Program ini telah disertai oleh Mahasiswa/i Pengurusan Operasi terutama kemasukan bagi sesi A151. Oleh itu, ia bagi  mempereratkan lagi jalinan ukhwah dalam kalangan pelajar dan juga pensyarah. Sekaligus, memberi input penting khasnya pelajar tahun satu dan dua mengenai program-program yang bakal dianjurkan oleh kelab POM UUM. Melatih dan membiasakan para pelajar yang menganjurkan program terbabit

dengan pengurusan.  ROADSHOW POM ini ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Maizurin bt Ismail.

 

COMING SOON!!!

STML GO GREEN

[ STML GO GREEN COMING SOON ]

Following are the objectives of STML GO GREEN:
To share knowledge and experience between invited speakers, and STML staffs and students.
To produce students with high competency, self-esteem, and visionary.
To expose students with effective communication skills.
To create opportunities between STML lecturers and the invited speakers on the potentials of researches, collaborations, and sponsorships.
To increase the employability rate and career development of STML students via career exposition and walk-in interviews.
To educate and harness entrepreneurial cultures among STML students.
To generate revenues for STML.

    COMING SOON      ROADSHOW POM 2015

MAJLIS RESTU ILMU

BENGKEL PENGURUSAN PENGELUARAN & OPERASI

BENGKEL SAINS PENGURUSAN

SEHARI BERSAMA KOMUNITI

THE PROJECT DAY

THE PROJECT DAY merupakan salah satu program yang melibatkan subjek BJTH3053 PENGURUSAN PROJEK dengan kerjasama Persatuan Pengurusan Operasi. Program ini diadakan pada 12 Mei 2015  bertempat di DPC 2, Bangunan STML. 


COB RUNNING MAN

  COB DAY 2015  

5,6,7 MEI 2015

 

KARNIVAL UUM COB 2015: MEMUPUK CIRI KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR

PPA UUM COB – Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business (PPA UUM COB) dengan kerjasama 14 kelab/persatuan di bawahnya telah berjaya melaksanakan Karnival UUM COB mulai 05 hingga 07 Mei 2015. Program ini diadakan bukan sahaja untuk memperkenalkan program dan persatuan di bawah UUM COB sebaliknya adalah sebagai kaedah memupuk serta menanam ciri keusahawanan dikalangan pelajar. Program yang telah diadakan ini adalah merupakan acara tahunan dan pada tahun ini sambutan amat meriah melibatkan penyertaan pelajar UUM dan pihak luar.

               

                         Program yang diadakan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Zainal Abidin bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif, Seri Cenang Resort Langkawi Sdn. Bhd. Yang telah berkongsi perjalanan karier beliau sebagai seorang jurutera dengan pelajar dan beliau juga merupakan salah seorang yang mereka bangunan Dewan Penginapan Pelajar di UUM. Turut hadir semasa majlis tersebut adalah Yang Berusaha Prof. Dr. Rushami Zien Yusoff, Penolong Naib Canselor, UUM COB dan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COB Dr. Mohamad Farizal Rajemi.

             Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang tiga hari berlangsungnya

program ini antaranya adalah “How To Build Personality (Talk With Game)” dan “You Try & You Win (Q&A Sales Pitching)” bertujuan untuk membina keyakinan diri dan memupuk kreativiti pelajar dalam membuat jualan. Selain itu, terdapat gerai- gerai daripada kelab/persatuan di bawah UUM COB, Kempen Derma Darah, pameran Palapes UUM, pameran dan jualan kenderaan dan perkhidmatan klinik bergerak serta pameran daripada kelab “Global Buddies”.Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan peluang membina perniagaan melalui “Coffee Franchising Talk Opportunies” oleh kelab pemasaran (MarC).

Habis

COB DAY 2015 !

COB DAY 2015 IS HAPPENING NOW, DONT MISS IT AND COME AND JOIN US.......

SEMARAK ILMU PEMANGKIN KECEMERLANGAN


EXPLORING A CAREER PATH AS A FOREX TRADER

Pada 3 April 2015 (Jumaat ) , Persatuan Pengurusna Operasi (POM) telah mengadakan program EXPLORING A CAREER PATH AS A FOREX TRADER bertujuan untuk mendedahkan pelajar terhadap ilmu FOREX . Selain itu, dapat memberi penerangan berkaitan dengan proses analisis mata wang dunia.Secara tidak langsung dapat memberikan kelebihan kepada pelajar untuk menceburi bidang perniagaan pada masa akan datang Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Saudara Anas bin Sarifhudin  selaku pengarah program dan AJK pelaksanaSelain itu,  memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ilmu berkaitan pasaran mata wang. 

SEMINAR PEMANTAPAN AKADEMIK

Pada 31 Mac 2014 (Selasa), Persatuan Pengurusan Operasi (POM) dengan kerjasama PPA Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia  akan menganjurkan Seminar Pemantapan Akademik bagi pelajar yang mendapat PMK bawah 2.50 dalam peperiksaan akhir semester lepas terutama pelajar dari Kolej Perniagaan COB. Seminar Pemantapan Akademik akan diadakan di DPC 1 – 4, BTC 1 - 5 dan Dewan Seminar C bangunan STML, Universiti Utara Malaysia. Seminar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan peratusan lulus dalam setiap subjek yang diambil. Selain itu juga, seminar ini diadakan bagi membantu pelajar meningkatkan CGPA dan PMK mereka. Bahkan  dengan cara ini dapat memotivasikan pelajar untuk terus berjaya.


                      Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Saudara Zaid bin Zakaria  selaku pengarah program dan AJK pelaksana . Program ini mempunyai 2 slot, di mana setiap slot akan dikendalikan oleh  6 orang pensyarah yang berbeza yang telah dipilih . Ini merupakan satu program awal yang bagus dalam membantu para pelajar untuk memperbaiki prestasi mereka dari semasa ke semasa. 

 

STML HIGH-FLYER 

 


 

Majlis "STML High Flyers" telah diadakan pada 10 Mac 2015 bertempat di Dewan Seminar C, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM). Pada majlis ini, seramai 144 orang pelajar STML telah diraikan sebagai penerima Anugerah Dekan semester A141 sesi 2014/2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan STML, Prof. Madya Dr. Shahimi Mohtar, manakala penyampaian sijil telah disempurnakan bersama oleh Dekan, Ketua Jabatan dan Penyelaras Program STML.

 

                   Antara lain dalam majlis yang sama, pelajar telah diberi peluang untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan STML dalam satu sesi dialog bersama Dekan dan Ketua Jabatan. Selain itu, majlis ini juga bertujuan memberi motivasi kepada para pelajar bagi meningkatkan dan mengekalkan kecemerlangan akademik mereka untuk semester-semester yang akan datang. Majlis "STML High Flyers" ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pelajar dan Alumni STML dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar di STML iaitu; MOTIC, POM dan LOGTRANS.

 

 

DELEGASI ILMU KE NUSANTARA

MAJLIS IZIN ILMU

BENGKEL SAINS PENGURUSAN

WALKING TOWARDS TO THE FUTURE

CLEAN ENVIRONMENT

GO TO FUTURE

...........................................................................................................................................................................

PEMANTAPAN TEKNIK PEMBELAJARAN

Suatu program yang berteraskan akademik telah dijalankan oleh Persatuan Pengurusan Operasi di mana program ini bermatlamatkan untuk meningkatkan peratus lulus di dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia terutamanya para pelajar dari kursus pengurusan operasi dan pelajar di bawah kolej perniagaan. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Saudari Noor Irwani binti Ismail selaku pengarah program dan AJK pelaksana pada 18 April 2014 (Jumaat) di DPC 1 & 2 Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik. Program ini mempunyai 3 slot, di mana setiap slot akan dikendalikan oleh 3 orang pensyarah yang berbeza yang telah dipilih berdasarkan slot yang diadakan. Ini merupakan satu program awal yang bagus dalam membantu para pelajar untuk memperbaiki prestasi mereka dari semasa ke semasa.

...........................................................................................................................................................................

FAMILY DAY POM 2014

Pada 28 Mac 2014 (Jumaat), Persatuan Pengurusan Operasi sekali lagi telah menjalankan dan menjayakan satu program iaitu 'Family Day POM 2014'. Program ini berlangsung di Taman Rimba UUM.  Pogram ini dijalankan oleh Saudari Nurul Nadia selaku pengarah pogram tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sana seperti mana yang dirancang oleh AJK Pelaksana pogram. Program ini merupakan sebuah program yang sentiasa dilakukan setiap semester. Penyertaannya terbuka kepada semua pelajar POM dari semester 1 hingga 7..

BENGKEL PENGURUSAN KERTAS KERJA

 Persatuan Pengurusan Operasi buat julung kalinya telah menjalankan satu program iaitu 'Bengkel Pengurusan Kertas Kerja'. Program ini disertai oleh Majlis Tertinggi (MT) dan Exco-Exco yang berada di bawah naungan Kelab Akademik STML iaitu Kelab Pengurusan Operasi serta beberapa pelajar yang menjadi pengarah projek di bawah kelab ini. Program ini dijalankan oleh Saudara Arif Mazlan selaku pengarah dan presiden bagi kelab Pengurusan Operasi. Program ini bermatlamat untuk membantu ahli jawatankuasa di dalam kelab supaya mahir dalam melaksanakan sesuatu projek. Program ini dilakukan pada 25 Mac 2014 (Selasa), bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Bengkel ini dilaksanakan di Pusat Kegiatan Pelajar (S.A.C).  Di samping memberi pendedahan dalam melaksanakan sesuatu projek, ia secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli jawatankuasa.

 

Gambar-gambar sepanjang 'Bengkel Pengurusan Kertas Kerja Persatuan Pengurusan Operasi'.

MASIH ADA YANG SAYANG SIRI 2

KOMPLEKS PENYAYANG DR SITI HASMAH JEJAWI DALAM 02600 ARAU, PERLIS

 

Pada 15 Mac 2014 (Sabtu), Persatuan Pengurusan Operasi telah menjalankan dan menjayakan satu pogram yang pertama pada semester A132 bersama-sama anak yatim di Perlis. Pogram ini dijalankan oleh Saudari NurulHuda selaku pengarah pogram tersebut. Ini merupakan sebuah pogram yang bagus dalam merapatkan perhubungan silaturrahim bersama-sama anak yatim. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sana seperti mana yang dirancang oleh AJK Pelaksana pogram. Dengan adanya pogram sebegini, sekurang-kurangnya dapat menggembirakan hati mereka di samping dapat berkongsi pengalaman bersama mereka. 

 

Para peserta yang juga merupakan pelajar dari jurusan Pengurusan Operasi tiba di Yayasan Saad, Kangar PERLIS.

 

Masing-masing berkumpul sebelum memasuki kawasan rumah anak yatim.

 

Sampai akhirnya.

 

Pertemuan antara pengarah Masih Ada Yang Sayang 2 bersama Pengetua Kompleks Yayasan Saad. Saudari Nurulhuda dan Encik Zul.

 

Inilah yang dicari-cari.

Hahaha.

Model Banner. 

(^_^)

 

Sesi melawat di sekitar rumah anak yatim. 

 

Keadaan di bilik Kompleks Penyayang bersama adik-adik dan Pengetua rumah anak yatim.

 

Sambil-sambil tengok keadaan sekeliling terjumpa ni.

Bukan calang-calang orang ni.

(Plaque Perasmian Sudut Iqra')

 

#cameraman tumpang sekaki..ahaha..

 

Pengagihan kumpulan.

Yang ni part best sebab dah nak start  aktiviti.

 

Wajah yang ceria tapi siapa yang tahu apa yang terbuku di dalam sanubarinya.

 

Saya pun ada kapal terbang tapi kertas punya je la..

Hahaha..

Takpe angan-angan asalkan ada usaha pasti boleh.

(^_^)

 

..."Menjeling, menjeling ku bertentang...
Mata kita sama memandang,
Bercakap, bertanya dan bermesra,
Jangan sampai datang rumah"..

 

Jeling sapa tu..huhuhuhuhh..

 

Aktiviti di rumah anak yatim. Candid aja..Hehehe.. (^_^)

Dah penat beraktiviti sekarang tibalah masa untuk penuhkan perut yang lapar..

Hahahaha..

Time makan laju je semua (>_<)

 

Lagi gambar makan..ahahahaha.. (>_<)

Setelah selesai beraktiviti bersama-sama maka tamatlah program,

Sesi pemberian cenderahati kepada adik-adik di Yayasan Saad.

Dan tidak lupa pemberian cenderahati kepada Pengetua Yayasan Saad, Encik Zul

Comments: 0
Instagram

Generasi Perindustrian Negara

Persatuan Pengurusan Operasi merupakan satu daripada 3 buah persatuan akademik di bawah Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia. Penasihat bagi persatuan ini adalah Dr. Fadhilah binti Mohd Zahari.  Manakala Penyelaras Program Pengurusan Operasi ialah Dr. Hendrik bin Lamsali . Presiden Persatuan ini ialah Saudara Mohd Saffrizain bin Baharudin. dan dibantu oleh Naib Presiden, Saudari Nurul Nadia bt Sabri.